Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Baca Novel Bisik Bisik Gelora Full Episode

Daftar Isi: [Buka]
Novel Bisik Bisik Gelora Episod 22

 Mau baca Novel tapi bingung novel yang seru untuk di baca, nah kali ini saya akan merekomendasikan Novel yang seru untuk kamu baca.

Hai pecinta novel? Pada kesempatan ini Thepleh akan share tentang cara membaca Novel Bisik-bisik Gelora karya Fauziah Ashari Full Episode.

Bisik-bisik Gelora adalah sebuah novel bergenre Romance yang ditulis oleh Fauziah Ashari dan telah diadaptasi menjadi Serial Drama dengan judul yang sama. Sangat cocok buat kamu yang saat ini sedang mencari bacaan novel, ini sinopsisnya:

Sinopsis Novel Bisik Bisik Gelora

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir Allah SWT, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Baca juga: Novel My Rude Wife Bab 31 

Cuplikan Novel Bisik-bisik Gelora

"Jad...kau umpan Akif sebab nak aku masuk bilik kau ke?"

Jad yang sudah duduk, mendongak mencari anak mata isterinya. Mereka berpandangan. Lama hingga Arumi mengalih pandangan akhirnya. Lemas untuk terus menentang renungan Jad yang tajam.

Sebak bertandang di hati perempuannya. Sebaik beralih pandangan, setitis air matanya menitis. Cepat dia menyapunya agar tidak terus berjuraian. Cepat dia menahan sendunya agar tidak ditegur oleh anak bujangnya.

Arumi yakin, memang itu yang berada di benak suaminya. Yalah, duit untuk pembedahan Akif sudah cukup. Gambar bogel yang dikata Jad pun dia sudah tebus. Yakin, ini cara terkini Jad untuk dia masuk ke dalam bilik di tingkat atas.

Jad hanya memerhati. Namun, tanpa mempedulikan emosi Arumi, dia menghulur pinggannya minta dicedok nasi.

"Aku belum dikategorikan ketagih se*s lagi."

Arumi mencebik sambil mencedok nasi.

"Aku jahit karang mulut tu."

Arumi diam. Tidak berani menceber bibir lagi. Jad menyembunyikan senyum. Walaupun perasaan lelakinya sedikit tergores, namun tidaklah dia menyalahkan Arumi 100 peratus. Salahnya juga yang menyalahgunakan kuasa dan haknya sebagai lelaki dan suami. Salahnya juga yang tidak mengguna akalnya dengan baik hingga semuanya ini berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Hakikat hidup...manusia ini sebagus mana pun, tetap ada bodohnya. Dan sebodoh mana pun tetap ada bijaknya.

Sekarang dia perlu guna akalnya sebaik mungkin. Perasaan wanita yang terluka, tentu tidak mudah untuk menerima lelaki yang menggores perasaannya itu dengan sekelip mata. Dia percaya Arumi juga begitu, tidak akan mengalah dengan cepat dan menerima dia dengan senang hati.

"Kau tak mahu makan?"

Arumi diam. Memprotes lagaknya.

"Kita makan sama."

"Aku kan orang gaji di rumah ni, layaknya aku makan kemudian."

Suapan Jad terhenti. Dia pandang paras Arumi yang selamba sambil mengambil lauk untuk Akif. Terluka lagi hatinya dengan jawapan sinis itu tapi cepat dia buat muka seposennya. Bersahaja seolah-olah tidak kesah dengan tuturan isterinya.

"Sedap tak Kif ibu masak?"

"Edap."

"Kita habiskan lauk-lauk ni, Kif. Ibu tak mahu makan."

Arumi ketap bibir. Geram. Dia pun lapar juga! Cuma tak sudi makan bersama Jad saja.

"Tak pe Kif, kita habiskan je. Nanti kalau ibu lapar, pak cik bawa ibu dating kat luar."

Arumi muncung lagi.

"Rasa nak tarik mulut tu. Tak boleh jahit, aku gam karang dengan mulut aku."

Arumi hentak kaki. Perasan je! Jad ni lain macam betul sejak akhir-akhir ini.

"Nak makan tak? Aku cedokkan."

Arumi masih simpan geram sampai sikap baik Jad dia tak perasan. Dia pergi dari situ.

"Suka hati kaulah. Nak makan, makan. Tak nak makan, sudah! Kita makan, Kif. Lauk ibu ni semua sedap."

Arumi panas hati jadinya sambil menuju ke bilik.

Baca juga: Novel Cintaku Dengan Guru

Tentang Novel

Judul: Bisik-bisik Gelora

Penulis: Fauziah Ashari

Publishing: Intens Idea International Sdn bhd

Genre: Drama, Cinta, Konflik, Keluarga 

Bahasa: Bahasa Malaysia

Karya lainnya: Ombak Rindu, Kan Kukejar Cinta Kamu, Pergilah Sepi, Cinta... Tiada Akhirnya (Ombak Rindu,#2), Setia Menanti, Duri, Rindu Cintaku (Ombak Rindu,#2), Dia Perempuanku, Matahari Cerah Lagi, dan lainnya 

Cara Baca Novel Bisik-bisik Gelora Pdf Full Episod

Bagaimana kisah cinta Jad dan Arumi selanjutnya? Untuk membaca Novel yang sangat keren ini, maka kamu bisa membeli Pdf tepatnya versi e-booknya di publishing aslinya (Intens dan Trop. Publication) atau bisa kamu beli di marketplace Shoppe.com.my untuk lebih mudahnya klik: DISINI. Tidak ada versi baca Online pada novel kali ini.

Setelah kamu klik link yang sudah saya bagikan maka kamu akan langsung diarahkan ke aplikasi resminya untuk membaca Novel ini.

Baca juga: Novel Aku dan Teman Suamiku 

Penutup

Cukup sampai di sini saja untuk hari ini tentang cara membaca Novel Bisik-bisik Gelora by Fauziah Ashari Full Bab 1, 22 - Ending. Jika ada pertanyaan silakan menghubungi kami.

Baca Juga: